Pinjaman Peribadi 'Online'

Kami boleh memberi anda fleksibiliti kewangan untuk menggunakan dana tersebut - untuk semua kemudahan dan keperluan anda

Pinjaman Peribadi 'Online' (OPL)

Daripada jumlah lebih dari 4000 'Kredit Komuniti' di Malaysia, kami berbangga mengumumkan bahawa JCL Credit Leasing Sdn Bhd telah dilantik oleh (KPKT) untuk melakukan pinjaman wang dalam talian efektif 26 April 2022.

Pinjaman wang dalam talian diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 13 November 2020. 2 faktor utama pinjaman wang dalam talian diperkenalkan ialah disebabkan peningkatan permintaan orang awam untuk memperoleh bantuan kewangan daripada Kredit Komuniti, dan kedua ialah inisiatif kerajaan untuk mengeksploitasi kemunculan revolusi industri 4.0 yang membolehkan kebanyakan teknologi digital terkini dengan kemudahan di hujung jari dan segala urusniaga dalam talian menggunakan sistem komputer dan telefon pintar serta keupayaan jalur lebar yang tinggi.

Kami merujuk kepada sistem pinjaman wang dalam talian kami iaitu sistem OPL yang mana mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KPKT dan dibina berdasarkan amalan terbaik selaras dengan teknologi industri perbankan nasional seperti OTP (one-time-password), e-KYC (e-Kenali Pelanggan Anda) untuk mengesahkan identiti peminjam, sijil digital yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan Berlesen (Licensed Certification Authority-CA) yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pengakusaksian, penyerahan perjanjian pinjaman, duti setem, keselamatan perjanjian, dan perlindungan data peribadi melalui akses ke platform OPL.

OPL adalah platform bagi pelanggan untuk memohon pinjaman, pengakusaksian, menandatangani perjanjian dan mendapatkan pembayaran tanpa melawat ke premis kami. Ini adalah mudah dan menjimatkan lebih banyak masa bagi pelanggan. Sila rujuk di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Bagaimana untuk memohon?



KENAPA ANDA PERLU MEMILIH JCL?

1. Selamat

Mematuhi syarat KPKT, melakukan penyeteman LHDN dan pengakusaksian

2. Mudah

Semuanya di hujung jari anda. Ia dapat dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja dengan menggunakan platform dalam talian. Anda tidak perlu lagi datang ke premis kami.

3. Tiada interaksi manusia

Elakkan interaksi manusia semasa pandemik Covid-19

4. Kelulusan pantas

Kelulusan dalam masa 3 hari bekerja.

5. Kadar faedah 0% untuk bulan pertama & tiada kos pemprosesan

6. Tanpa bayaran pemprosesan

7. Tiada bayaran penyelesaian awal

8. Dokumentasi

Keperluan dokumen yang minimum.

Kelayakan

1. Warganegara Malaysia sahaja.

2. Berumur 18 hingga 60 tahun.

3. Pendapatan kasar minimum RM 1,000.00 diperlukan.

4. Pinjaman minimum adalah RM 1,000.00 manakala maksimum adalah RM 10,000.00.

Dokumen Yang Diperlukan

Bekerja

1. MyKad original (depan dan belakang)

2. 3 bulan slip gaji terkini

3. 3 bulan penyata bank terkini

4. Penyata EPF terkini atau borang penyataan cukai (borang BE).

5. Bil utility terkini: elektrik, air, dll.

Kadar dan Caj

Kadar faedah: 12% - 18% setahun. (Tertakluk kepada kelulusan JCL)

Tiada bayaran pemprosesan, tiada bayaran penyelesaian awal.

Catatan: Semua cukai yang dikenakan akan dibayar oleh pelanggan (jika ada).

Cara pembayaran

Anda boleh memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai untuk anda: JomPAY, PayQuik atau Debit Langsung (e-Mandate).

0.165